Sunday, June 16, 2013

YOU /one shot/

Title: YOU
Characters: Do Kyungsoo [Exo-K] , Park Haejin [OC]
Quote: Protecting you is my job . You are one of my properties . 


7 Tahun

“Nama saya Haejin ...” budak perempuan itu mula memperkenalkan dirinya di hadapan kelas . Bibir mengoyak senyuman manis . Semua mata kini memandang tepat ke arah budak perempuan itu . Ada yang berbisik . Ada yang  tersenyum sinis . Ada juga yang hanya duduk membatukan diri .

“Cikgu , kenapa hodoh sangat muka dia ?” satu suara sumbang mematikan suasana sunyi di dalam kelas itu . Pantas disambut tawa pelajar-pelajar yang lain .

Senyuman di bibirnya hilang serta-merta . Butiran jernih sudah mula mengalir dari tubir mata . Diri itu terasa terhina di mata manusia yang lain .  

***

13 Tahun

“Tak ada siapa nak kawan dengan kau” paket sampah itu dicampak kasar ke mukanya . Sekumpulan pelajar perempuan itu kemudiannya beredar , meninggalkan dia di situ .

Lagi sekali , dia menangis teresak-esak di situ sambil lutut mencium bumi . Bajunya kotor . Kakinya calar-balar dek dilayan kasar seketika tadi . Hatinya remuk .

Mungkin benar apa yang dia pernah fikirkan sebelum ini . Dunia ini bukan untuk dirinya . Manusia di sekeliling tidak pernah dan tidak mahu menerima dirinya . Buruk sangat kah diri itu ? Hinakah dia dilahirkan sebegitu rupa ?

Bukankah manusia ini dilahirkan ada kelemahannya tersendiri ? Semua manusia tidak sempurna . Jadi kenapa manusia-manusia itu enggan mengaku kebenarannya ? Tidakkah mereka sedar kelemahan yang terselit di dalam diri masing-masing ?

***

Tahun berganti tahun , hidupnya masih serupa seperti dulu . Tidak bertukar walaupun semilimeter . Tiada orang mahu berkawan dengannya  . Tiada orang mahu menjadi teman bualannya . Tiada orang yang mahu menolongnya . Tiada orang ingin mendekati dirinya . Kerana bagi mereka dia itu sehina-hina manusia .

Suatu hari , segala-galanya berubah sekelip mata semenjak kemalangan itu berlaku . Oleh sebab mukanya disahkan perlu menjalani satu pembedahan bagi menutupi bahagian yang cedera teruk . Dia tidak lagi seperti dirinya yang dahulu . Dia sudah bertukar menjadi si cantik seperti cerita dongeng di mana seekor itik hodoh yang akhirnya bertukar menjadi seekor angsa yang putih . Semenjak itu , ramai lelaki sudah mula mendekati dirinya . Namun , luka yang dahulu masih bersisa di hatinya . Dia tidak mungkin menerima manusia-manusia itu ke dalam hidupnya .

Sedih . Mereka hanya mementingkan rupa paras dalam sebuah persahabatan .

***

Semenjak aku dijatuhkan hukuman , aku tidak lagi menjadi bidadari yang ditugaskan untuk melindungi manusia . Aku dibuang ke dunia untuk menjalani kehidupan sebagai manusia atas sebab aku gagal melindungi perempuan itu dari bahaya . Hukuman yang paling berat pernah aku jalani . Aku mengaku segalanya salah aku . Jadi bagi memulakan kehidupan sebagai manusia , aku mula bekerja di salah sebuah cafe di Seoul . Baru sehari aku bekerja , keletihan sudah menguasai diri . Satu persoalan bermain di minda . Macam mana manusia dekat dunia ni mampu melakukan kerja-kerja yang memenatkan ? Mereka sangat kuat . Aku jujur kerja sebagai bidadari juga penat , tapi tidak sepenat di dunia . Sigh .

Sudah genap 6 tahun aku tidak berjumpa dengan HaeJin selepas dia terlibat dalam kemalangan . Ketika itu aku ditarik semula ke langit kerana gagal menjaga manusia yang memerlukan perlindungan . Dan hari ini merupakan hari di mana aku dapat bertemu kembali dengannya .

Dia benar-benar sudah berubah . Tiada lagi kegelapan menguasai dunianya . Nampaknya , hidupnya sudah kembali terang . Apa yang buat aku gembira , dia sudah ada kawan di sekeliling . Ya . Aku gembira . Bagi aku , diorang seolah-olah pengganti diri ini ketika aku tiada di sisi HaeJin untuk melindungi perempuan itu .

“Eh awak ni bukan yang selalu ikut saya tu ke ?” soalan itu ditujukan terus kepada aku sebaik sahaja dia berdiri di kaunter . Sedikit tersentak aku ketika itu .

 “Nope .. err . Kau salah orang kot” Damn . Boleh pula aku gagap tadi .

Perempuan itu berkerut . Dia seakan-akan memikirkan sesuatu sejenak . Aku tidak dapat mengesan apa yang di dalam otak perempuan itu . Inilah kelemahan manusia yang kadang-kadang menjengkelkan aku .

“Tak mungkin . Saya kenal awak ! Saya ingat rupa awak masa 5 tahun lepas sebelum saya kemalangan” dia mengarah jari telunjuknya tepat ke muka aku . Pekerja-pekerja cafe yang lain sudah memberi pandangan yang pelik ke arah kami berdua . Pantas aku menolak tangan kecil molek itu ke tepi .

“Kau jangan merepek . Aku tak kenal kau” aku berdalih . Dulang yang berisi makanan dan minuman itu diangkat berhati-hati . Kaki mula mengorak langkah . Perempuan itu ditinggalkan .

“Awak jangan nak berpura-pura” dia tetap mengekori aku dari belakang . Spontan bibir menghela nafas berat . Dulang yang sedari dibawa tadi sudah selamat dihantar ke meja yang sepatutnya .

Sebaik sahaja aku memusingkan badan menghadap perempuan itu . Pergelangan tangannya  terus ditarik kasar . Dia meronta-ronta minta dilepaskan . Mata di sekeliling memandang tepat ke arah kami . Namun aku langsung tidak mengendahkan mereka . Pintu cafe dibuka dan aku terus membawanya jauh dari situ . Sesampai sahaja di satu lorong , aku melepaskan pergelangan tangan perempuan itu . Spontan dia menarik tangannya rapat ke dada lalu diurut lembut tempat yang dipegang tadi . Merah .

“So whats now ?” aku menyoal . Kening sebelah menjungkit . Aku merenung tepat ke dalam kolam matanya . Mimik mukanya seakan-akan mahu menangis di situ .

Aku menjeling jam yang terlilit di pergelangan tangan . “I give ten seconds or i’ll leave you here” kataku tanpa memandang wajah perempuan itu . Mata masih menala ke arah jam tangan .

“Satu !” aku mula mengira .

“Dua !”

“Tiga !”

“Empat !” perempuan itu masih mendiamkan diri .

“Lima !”

“where your wings have gone ?” soalan itu ditujukan  sebelum aku mengira saat yang keenam . Spontan mata membuntang . Tangan kanan jatuh ke sisi perlahan-lahan . Wajah perempuan itu dipandang .

Tak mungkin dia tahu perkara sebenar .

Tak mungkin !

Sebab aku tak pernah dedahkan diri aku yang sebenar .

“Mana sayap awak pergi ? Cakaplah” dia menggoncang perlahan bahu aku . Membuatkan aku terbangun dari khayalan . Pantas kedua-dua belah tangan HaeJin aku tolak ke tepi . Aku mengerlus rambut ke belakang . Bibir menghembus nafas .

“Aku bukan lagi angel yang selalu protect kau dulu . Im a human now . Human like you !” Jari lurus mengarah ke arah perempuan itu .






No comments :

Post a Comment